Sunday, May 24, 2009

JIN..

Ilmu ini saya dapat dari sebuah buku karangan Muhammad Isa Dawud yg bertajuk 'dialog dengan jin islam'.Beliau lahir pada 1957 dan telah bekerja sebagai Pengarah Umum surat khabar harian di Saudi Arabia,Wakil Pimpinan Redaksi untuk ruangan Pemikiran dan Kebudayaan Islam,dan penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Mukarramah.Jin yg dtemuramah ni berasal dari bombay,India.Berusia 180 tahun.Sblum ini beliau kafir dan islamnya beliau telah mengislamkan ramai pngikutnya[beliau merupakan ketua kerajaan cam Dato' Najib r]

Jin ertinya 'yg tersembunyi' atau 'yg tertutup'.Pasti ramai yg tertanya-tanya perihal rupa bentuk jin yg sebenar...hehe..Sebenarnya rupa wajah jin tidaklah begitu menggerunkan seperti yg selalu diuar-uarkan.Mereka hanya merupakan makhluk Allah tapi semestinya manusia lagi cantik ciptaannya.Jin sebenarnya tidak banyak perbezaan dengan manusia.mereka ada segala anggota badan yg lazimnya dimiliki manusia.Mereka juga ada organ-organ dalaman yg dimiliki manusia sperti tulang,jantung,hati,lidah,gigi[mmnjg skit].Tpi mereka memiliki kelenturan yg luar biasa.Oleh itu,mereka juga boleh dibunuh dan dirawat seperti juga manusia.Cumanya saiz,warna dan bentuk mereka sedikit berbeza dgn manusia.Kepala mereka lebih besar daripada tubuh mereka.Mata pula memanjang ke atas atau memanjang ke tepi[macam org cina n jepun].Lazimnya mata mereka besar dan lebar sperti mata rusa.warna mata pula ada yg hitam,kuning,dan coklat tua.Telinga pula macam telinga kuda.Ada yg macam telinga kucing.Hidung pula macam manusia juga,terletak dtengah-tengah muka tapi tak mancung.Selalunya bulat dan penyek sperti hidung org filipina.Kalau jin Islam,ada janggut...memanjang sbb ikut sunnah nabi.Kalau ada yang tak berjanggut,mereka akan diejek..hehe..Rambut pula lebat masyaallah! Shingga boleh melitupi tanduk mereka[jin ada tanduk tapi kecik je].Tapi ramai yg suka botak..macam mawi=).Klau kaum wanita pula,rambutnya lebat memanjang[sampai meleret ke tanah-lambang kcantikan].Tangan pula macam manusia tp lbih panjang dari tubuh mereka dan jari2, kuku2 mereka pn pnjg2.Urine mereka lbih berbentuk gas yg sgt kuat tekanannya.Manakala najis lebih kepada wap yg sgt pekat! Astaga!!.Sbb tu r syaitan boleh mengencingi telinga muslim ketika tidur yg tidak menyebut Asma Allah dan yg malam harinya tak pernah berniat untuk qiamullail.huhu..Warna kulit pula ada yg hitam[sperti warna kerbau],putih,merah dan banyak lagi.mereka juga pkai baju..yg lelaki,suka pkai kemeja bepetak dan pling mereka gemari warna 1.merah,2.kuning dan lastly hitam.Wanita pula ssuai dgn pkaian kaum wanita[yg menutup aurat].klu yg muslim,pkai selipar pada kedua-dua belah kakinya.Seliparnya diperbuat daripada kertas papyrus[ad dlm bku sejarah].Kalau jin kafir dan syaitan,,mereka hanya mmakai selipar pada sebelah kaki shj,iaitu kaki kiri.dan jin mmg tidak boleh dilihat kcuali dengan sihir atau ssorg minum air sihir.

Jin hidup dlam longkang,tempat takungan air,rumah yg penuh dgn patung,yg bela anjing, tempat kosong-katil yg xde tuan dan dalam rahim pelacur[krn jin sntiasa akan mencantikkan bhgn bwh pelacur].Tp jin muslim slalonya hidup dlam rumah seorng muslim yg baik.Khadiran jin muslim dlm ssbuah rumah adalah rahmat kpd penghuninya krn adanya jin muslim..ada lah malaikat.dan jin muslim ni byk beribadat kpd Allah.Subhanallah!! dan bg yg ada patung tu,,patung berfungsi sbagai magnet kpd syaitan n jin.Ada shj patung bernyawa,syaitan trus melekat krn tarikan keindahannya.Oleh itu,gmbar2 manusia dan patung yg serupa ngan makhluk bernyawa harus dihindarkan.Tapi lain pula terjadi dgn patung mainan budak,kilauan keindahan patung tu dipudarkan dgn khadiran bdak tersebut.Syaitan x nmpak keindahan dia.Subhanaallah..sbb tu r rasul x larang Aisyah r.a main patung masa beliau masih kecil.
Iblis dan syaitan suka hidup di atas laut.diantara pertamuan air sjuk dan air panas.Ada 12 tempat yg sperti itu di bumi ini.Termasuklah segi tiga bermuda dan segi tiga farmosa[dkat ngan filipina].Segi tiga bermuda tu,adalah tempat iblis yg pling kuat.Iblis ada istana yg paling besar utk dirinya dan dkawal oleh beribu2 syaitan.Iblis juga buatkan istana stiap satu kpd anak2nya[sorang pempuan dan bbrapa org lelaki-saya x pasti]Di situ dlengkapi dgn teknologi yg amat dahsyat..sungguh canggih..dan x boleh dicapai oleh manusia..Oleh itu,ssiapa yg masuk dalam kawasan segitiga bermuda itu,akan hilang..dan hy meninggalkan kapal yg tidak berusik pn di tgh lautan.Sekali pun seorg muslim yg kuat imannya termasuk dlam tempat itu,dia tidak akn dpat keluar lagi[ada hadis rasulullah tp saya malas nak belek buku tu balik..dalam episod ini byk dceritakan kisah2 kpal2 yg hilang yg pasti meyakinkan anda..tp amatlah byk ceritanya..x tertulis saya]..

Jin juga berkahwin.Allah telah jadikan stiap makhluk itu berpasang2an..jin dgn jin dan manusia dgn manusia..Sebenarnya perkahwinan jin dan manusia adalah mustahil kerana sperma jin x boleh bergabung dgn manusia.Oleh itu, mereka takkan memperoleh anak.Bersetubuhan antara jin dan jin adalah sama caranya sperti manusia dan manusia.Kadangkala kisah manusia berkahwin dgn jin berkisar kerana jin itu menyangka dia berkahwin dgn manusia apabila dia mengeram dalam rahim perempuan manusia.So beware,kpd muslimah2 di luar sana,kalau nk tidur mestilah kibas2 tempat tidur dulu.Ada dceritakan seorng muslimah yg trus tidur tanpa mengibas tempat tidurnya,akhirnya dia merasakan sperti ssuatu mnggaulinya..akhirnya terjelma rupa lelaki[yg saya pasti jin]-the end-.Tapi dgn izin Allah,ada cara lain yg manusia dan jin boleh melahirkan anak iaitu mukhannats[anak jin]..iaitu ble suami menggauli isterinya ketika haidh..Ada juga jin yg saja mengganggu manusia shingga berlaku kguguran..iaitu apabila manusia bersetubuh tanpa mulakan dgn kalimah Allah,pasti jin akan turut serta.Maka akan berlakulah keguguran krn sperti yg diketahui,sperma jin x kan boleh bercampur dgn manusia.

Jin akan tetap mengganggu manusia baik malam atau siang.Oleh itu satu ayat yg pling mujarab untuk mnghalau jin adalah ayat kursi..stiap mlam sblum tidur,bacalah ayat kursi..pasti jin dan syaitan takkan boleh mngganggu.Atau lbih mudah,amalkanlah al-mathurat.Bbrapa ayat pada permulaan tu,semuanya boleh digunakan untuk manghalau jin.Okey,,jin ada 3 jnis..1.yg boleh berubah bntuk 2.sperti ular dan anjing 3.yg ad sayap..jin yg berubah bntuk ni hylah golongan minoriti krn utk berubah pastila kne ada ilmu yg tinggi dan stiap kali mereka berubah,mereka akan sakit yg amat sngat.Ada yg boleh berubah dalam jangka masa yg lme.Contohnya sperti ular.Mungkin ular itu adalah ular atau ular itu adalah jin.we never know..dan nabi kata,kalau nampak anjing yg sbenar2 hitam dan ad 2 titik putih atas mata..bunuh trus sbb anjing itu adalah jin yg pling jahat..[huhu,,saya rse kat smap ada sekor]..dan ular pula,ular yg warna hitam dan ad 2 jalur putih diblkangnya..bunuh trus sbb itu adalah jin yg pling jahat juga.Ada juga jin yg suka berubah mnjadi kucing putih yg cantik[mostly jin girl-tp x jahat pn i/allah sbb jin girl ni ske pada kcantikan]

Jin Islam adalah golongan minoriti dlam dunia jin.Subhanallah..setelah saya baca buku ni,saya tau bhw jin islam ramai yg berjuang di afganistan dan di palestin.ada yg jin bersayap dan jin darat.Yang melencongkan sasaran roket amerika tu semuanya kerja jin bersayap.Jin yg ditemuramah ni pun i/allah akan bersama2 dlm perjuangan afhanistan dan palestin nnt.Moga Allah merahmatinya..amen!Malaikat juga ada turut serta..tapi para jin x boleh nmpak malaikat kerana malaikat dciptakan oleh chaya yg jauh lbih advance dari jin itu sndiri.

Qarin..mmg semua org ada qarin[jin pendamping].Kalau org itu lelaki,maka lelaki lah qarinnya.Kalau perempuan, maka perempuan lah qarinnya.Qarin ni tiada nafsu.Kalau jahat,dia duduk sebelah kiri. Kalau baik,dia duduk sebelah kanan.Ada seorng kafir itu telah mmeluk islam,qarinnya pun turut memeluk islam dgn berpindah ke sebelah kanan.Tapi tak semestinya stiap muslim mmpunyai qarin muslim.Ada juga muslim yg mmpunyai qarin kafir.nauzubillah..Qarin slalunya x mmberi pengaruh yg kuat kat sseorg tu tp individu tu yg memberi impak yg besar kpd qarin.Qarin ni hidup di samping kita..sehinggakan dia ckup mengenali kita.Dia boleh meniru suara kita,sifat kita,fikiran kita..hatta tulisan tgn kita.Upacara mamanggil arwah tu sbnarnya tipu sj,krn arwah mmg x boleh datang kembali ke dunia ni..yg akan datang dlam upacara tu hanyalah qarin individu tersebut nnt.Harus diingatkan yg qarin boleh mnjadi kita tapi dia bkanlah kita.Oleh itu,apa2 yg ditanya dlam upacara mmanggil arwah itu bknlah jwapan drpd arwah tp dri qarin arwah..wallahua'lam..klau qarin itu muslim,ttpi manusia itu mmbuat maksiat,qarin itu akan lari ketika org tu buat maksiat dan akan kembali slpas org itu selesai mlakukan maksiat.Dia akan kembali dlam keadan lemah x termaya..terbalik pula dgn yg qarin kafir,lagi byk maksiat,lagi bertambah kuat dia.Nabi sendiri ada qarin..namanya habib al-Huda..Mmandangkan jin boleh hidup shingga ribuan tahun,maka Habib Al-huda ini masih hidup lagi,alhamdulillah..tempat tinggalnya di Baqi'.Beliau mnjadi prof disitu.Ada majlis ilmu yg dihadiri oleh ribuan jin islam..masyaallah!Beliau mngjar tafsir dan menjelaskan hadis2 nabi.Malah,jin sendiri mmpunyai qarin sendiri.Tapi qarin jin x boleh dilihat oleh jin sbb dia dciptaklan lain.tambahan-qarin kita x mmpuyai nafsu.Dan qarin suami x kan kawin dgn qarin isteri.Dia akan meninggalkan tuannya pd waktu2 tertentu sprti waktu solat[krn dia akan pergi solat di dpn kaabah] dan sbgnya.

Lupa pula saya ingin katakan,jin ini bknlah kuno sgt,mereka ada kerajaan sendiri,ada universiti,ada peperiksaan..seperti manusia.Dapat result baik akan dlanjutkan ke tempat yg lbih tinggi..Universiti ni ada dlam bidang,seni,perubatan,engineering,agama,dan bermacam2 lagi.ada menteri,ada mesyuarat.

Lagi skit sblum saya berhenti,jin akan mngacau manusia.Jika tidak boleh,dia akan pergi ke kaum hawa[sbb perempuan itu fitnah].Dia akan mancantikkan bhgn bwah kaum hawa tersebut.begitulah stiap kali kaum hawa keluar dari rumahnya.Tpi hal ini takkan berlaku jika hawa itu bertudung,kerana hawa yg bertudung akan dlindungi cadar yg tidak boleh ditembusi oleh jin dan syaitan.Ada masa nnt saya sambung kpada sihir pula,insyaallah jika diberi pluang dan masa.mohon maaf jika tersilap dan salah-wallahu'alam-


Sunday, May 10, 2009

LAYAK KE??

"Hmm,, layak ke aku untuk berdakwah? Ilmu pun tak mantap..ni kan nak tegur orang pulak.." kita selalu dengar alasan sebegitu,,kenapa agaknya? Bagiku,kalau nak diberi alasan tak cukup ilmu,,sampai bila2 pun agama Allah ni tak dapat ditegakkan. Yalah,ilmu Allah ni luas,siapa yang boleh tanding..Budak -budak remaja akan kata"Saya ni budak baru belajar,nak tegur2 orang ni..bukan kerja saya lagi.kerja saya belajar dulu..[hidup pun tak puas enjoy lagi]" Budak2 universiti pulak kata"Saya ni kena fokus pada pelajaran dulu,biar dapat pointer yg baik dan keluar dengan segulung ijazah,barulah saya boleh tegur orang lain,betulkan mana yang salah" Orang yang sudah kerja pulak kata"Saya sibuk la sekarang,dah tak ada masa nak menyibuk hal orang lain,nak tegur2 orang,,saya pun ada masalah sendiri,nak fokus kepada keluarga lagi.." dan orang2 tua pulak kata"Saya ni da tua,da tak ada kudrat untuk menegur orang,betulkan mana yang salah..biarlah orang2 muda yang buat kerja2 begitu"..Dan kitaran tu akan berulang-ulang,sedangkan kadar maksiat di sekeliling mereka terus naik melonjak dan mendadak..kenapa nak tanya layak ke tidak? Sedangkan sudah jelas,terang lagi bersuluh..semua orang WAJIB berdakwah walau dengan sekelumit ilmu yang ada..


"Barangsiapa yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mencegahnya dengan kuasa,jika tidak mampu,cegahlah dengan lisan,jika tidak mampu juga,cegahlah dengan hati,dan sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman"

Takkan lah kamu nak pilih mencegah dengan hati saja,seakan-akan tidak pernah berusaha untuk mencegah kemungkaran..[INGAT! Nabi kata jika tidak mampu..bukan jika tidak mahu]


"..dan berbelanjalah kamu di jalan Allah dan jgnlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.."

"Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah Allah apabila kamu berjanji,dan jgnlah kamu merombak(mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah) sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu.,sesungguhnya Allah sedia mengetahui apa yg kamu lakukan..."

"Wahai org-org yg beriman!mahukah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu dari azab yg pedih?Yaitu kamu beriman kpd Allah dan RasulNya dan berjihad di jln Allah dgn harta & jiwamu.Itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.."

"Sesungguhnya Allah membeli dari org-org mu'min baik diri mahupun harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka.Mereka berperang di jln Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh,sebagai janji yg banar dr Allah di dlm Taurat,Injil dan AlQuran.."

Sekarang..tinggal kamu sahaja untuk memilih...mau atau tak mau


Wednesday, May 6, 2009

cinta

rifhan_irfan menulis "Alkisah, di suatu pulau kecil tinggallah berbagai benda abstrak ada CINTA, kesedihan, kegembiraan, kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.

Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kakinya.
Tak lama CINTA melihat kekayaan sedang mengayuh perahu, “Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!,” teriak CINTA “Aduh! Maaf, CINTA!,” kata kekayaan “Aku tak dapat membawamu serta nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini.” Lalu kekayaan cepat-cepat pergi mengayuh perahunya. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya kegembiraan lewat dengan perahunya. “Kegembiraan! Tolong aku!,” teriak CINTA. Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
Tak lama lewatlah kecantikan “Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!,” teriak CINTA “Wah, CINTA kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu pergi. Nanti kau mengotori perahuku yang indah ini,” sahut kecantikan. CINTA sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itulah lewat kesedihan “Oh kesedihan, bawlah aku bersamamu!,” kata CINTA. “Maaf CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..,” kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa.
Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara “CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat-cepat naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu langsung pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya. CINTA segera bertanya pada penduduk pulau itu. “Yang tadi adalah WAKTU,” kata penduduk itu “Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku.

Aku tidak mengenalinya. Bahkan teman-temanku yang mengenalku pun enggan menolong” tanya CINTA hairan “Sebab HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SESUNGGUHNYA DARI CINTA ITU”

Kenali personaliti anda!!

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s: semua ni x semestinya betul..kajian telah dijalankan dan sifat2 tersebut mengikut kebanyakan org yg lahir dlm bulan2 tertentu.