Sunday, January 3, 2010

Guitar

Assalamualaikum!!

one day,,


drum...drumdrum tii ramram..DRUUMMM!!!
down down up up up and 'A' minor....
down down down.......C major~


oh, nooo! my hand sweating, heart pumping vigourously, mind can't focus on anatomy~
ohuhu,,i couldnt bear to let this happen in my house..
they were playing guitar~

Otokea?! Otokea!! i can do NOTHING!!
SO, zapp,, hand on computer mouse,taptap[writing something]
and zapp....

hukum bermain gitar,
ustaz,i'm very interested in playing guitar,was it okey??
ustaz said,the original hukum of playing it is harus,

fuh,,medulla oblongata send impulses to the parasympathetic fiber and to the cardiac nerve, saying to the heart,its time to slow down now....
and my heart beat slow down gradually;p

fuh...

HOWEVER, when you are playing it until you forget your work and you waste your time a lot,,in the other word,melalaikan.. so the hukum turn to haram..So beware!!
dont strum until dawn

okey ustaz,thanks for the article
[i'm quite sure it was from sohih source]

link to: http://soleh.net/2007/12/18/hukum-bermain-gitar/

Alahai cinta~

Assalamualaikum!!

i felt guilty for not posting articles lately..
but frankly speaking,,i have nothing to write!!!
huhu,,so,the alternative way is......



[dipetk drp iLuvIslam]
CINTA Apabila Fitrah Menjadi Fitnah

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..

The Taj Mahal


CINTA FITRAH SEMULA JADI

Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ‘ajaib’ itu datang juga. Tidak kuasa untuk menolaknya , apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tido pon tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman. Lalu Allah menciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak.

Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Apabila kehendak semula jadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Coal Fire


CINTA YANG MEMBAKAR DIRI

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semula jadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sekali-kali bermain api cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedy yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari dengan kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan sepaii….

Hubungan cinta jangan dicemari oleh tindakan yang melanggar syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku.. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itu cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintanya. Lupalah diri kepada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan- Nya.

Ah..bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupe bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Who's in control?


MENGAWAL DIRI DARIPADA CINTA TERLARANG

Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun sudah jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah ‘orang’ yang ketiga. Lebih daripada itu pun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjelekkan – bohsia, bohjan, buang bayi dan zina..Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi memerlukan peraturan dan kawalan….Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada Allah. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah swt. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah..soalnya bagaimana? Iringilah niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya..Sabda Rasulullah saw :

“Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya”


PERATURAN CINTA
Oleh itu usahlah bercinta seqadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta itu pastinya bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua pihak sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya –Cinta Monyet!~

Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tiada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya tiada pergaulan bebas, tiada berdua-duan, tiada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya jika tidak ada dating, perbualan telepon secara maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? …Yakinlah tiada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.


Dan ..last sekali………..

Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba- Nya. Cinta suci pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan sehingga pasangan itu bercinta dengan 1000 keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat…insyaAllah. .=) Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah menjadi anugerah...

this article i got from husnaa,,
syukran kathir ya ukhti!!!! ;)

Friday, October 30, 2009

CUTI SEMESTA 1

Salam..
sekarang ni eyzzah memang boring tahap max!!! Tidak mengetahui untuk berbuat apa-apa..sehinggakan menulis pun menggunakan bahasa baku...ho0o0ho0..tidak mengapa,masakan remaja sakarang menggunakan bahasa baku dalam kehidupan seharian mereka..biarkan...biarkan saja,,kerana,,terbiasa,,hahaa..

biarkan eyzzah manjadi orang yang tidak biasa..luar biasa,kata orang..kegilaan yang tidak gila..itulah orang yang paling kaya di dunia..AKU INGIN MENJADI ORANG YANG KEGILAANNYA YANG BUKAN GILA..haha,,sudah merapu lagikan maraban,,oh tidak!! Sudahkah aku menjadi orang gila?! “Belum lagi”,kata dato’ fadhilah kamsah..mengapa namanya yang terpilih dalam ruangan ini? Aku pun tak tahu mengapa..tetiba sahaja dia terpilih..sudah taqdir Ilahi..tidak boleh dielakkan..haha..aku sudah jadi suka bila merapu..tidak,tidak..jika perkara sebegini menjadi hobi,tidaklah kujadi seorang doctor nanti..”hmm,so..what next?”,Tanya siti Fatimah ili..[bila pula ili menjelma?? oh,hiraukan sahaja]”okey,kita ulangkaji physics pula ya...jom eyzzah!!!

Ya Allah,janganlah Kau biarkan hambamu ini terpesong dari landasannya..ameen! [bukannya kupanggil amin budak kelasku..tapi ameen ya rabbal alamin!!! Ameen!!!........ Pergi basuh kain!! haha ]

sorry amin,,tu pun kalau dia baca..tapi rasanya dia tidak akan baca..ho0hoo..okey! stop!!!

Astaghfirullahalazim....aku lupa sebentar..bukankah lebih elok berzikir daripada merapu? Ya! Itulah yang sebetulnya!! Berzikir 100kali tasbih,tahmid,takbir,dan apa lagi ya? Tapi kalau baca,nescaya dosa-dosa kita akan terhapus seperti ter’pop’nya buih-buih di lautan..ya adik kakak..bak kata ustazah Fatimah Az-zahrah..hehe

Okey,
sudah habis lagikan sudah,
sudah tidak puas lagikan tidak sudah,
sudah ada yang nak buat lagikan.....melengah
jom pergi belajar fizikiah!!! ;p

Monday, October 26, 2009

fRieNds

Assalamualaikum again!!

Sorry for not updating my blog for a long2 time ;p
my post for this time is about friends...

well,we get a lot of definitions of 'friends'...from many perspectives..

from my angle, i mean..my perspective is..friends are someone who always help me in any ways..
friends is also like a mirror of me..if u want to know someone,just take a look of his/her friends...even though, he/she will said " i only be friend with him/her but doesn't mean i am like him/her [if that 'him/her' is bad]..

well,no! once you make friends with someone,you'll get his/her behavior...maybe a bit..but u'll get it..trust me..so select a good friend for yourselves,its important as it will decide your future too..
as for example,by making friends with him/her, you'll get job [in his/hers taste] coz u'll find job with her/him or u ask him/her to find u a job...
a soul mate [in hers/his taste]..coz u ask him/her to find one..or him/her introduced ur soulmate to u...
a house/shelter [in her/his environment]..coz she/ he likes to be in that vicinity/environment...like it or not, it will be like that..


friend-sahabat-partners-best friend-mates...all of these has a different meanings from every person..like my mom,her best friend is my father..so,for her, there will be one person for her so called 'best friend'...in her lifetime..

and for someone, friends or sahabat is termed for those who are sefikrah.. i mean, they have same vision and mission in life...they have tighten with a strong ukhuwah...though they are part from each other, they always have the same vision..point of view...who they wanna be from now on until akhirah...they always in one road,one ikatan, that will never break even though they not seeing each other in a long time...

there is no need to take a long time to recognize this kind of bond if you found one..i said 'if you found one'...it means its hard to find those kind of persons....once in you lifetime..or should i say;a very rear species..if you are in 'the niche'; of course you will find a lot of them [in that niche]...but it will be hard for those who lived out of the niche...i called these kind of friends are guidance friends,kinda angel-friend; coz they guide me to the truth...telling me my mistakes...never let me do bad things..tell me how to overcome my problems..

it always be easy if we have friends with the same point of view,
and we live together,just to keep remembering our vision and mission
to lead our life,
to face the world...the fierce world
don't we?

its nice to have those kind of friends..veryvery nice..indeed!

Thursday, September 17, 2009

RAMADHAN...

Assalamualaikum..

ila ukhti husnaa,

Kaifa haaluki?
Kaifa mesir?

Allah yubariku fiki daiman!!
Insya-Allah!! amiin...

uktub haza post khashah ilaiki
Akhbar haza ilaiki lianna la a'lam ila man saakhbar..

Hazantu jiddan...
Akhifu iz bia'h fi hazihi jamia'h satabaddalli ila insanu aakhar..

I miss bia'h fi SMAPK..
I miss tazkirah wa ashdiqa'i hunaka..

Qolbi faragh al'an..
La sami'tu tazkirah fi IKIM..
La khatamtu Alquran fi haza Ramadhan
[x sempat...wajibul manziliyyah kathiirun jiddan!!]
La usrah huna...
[ no members wanna join..if i make it]
La istoiqozu minna naumi liqiamullai daaiman

Hazantu..ramadhani hazihi sanah la khirun minal sanatul madhi...

Ahzantu...wa akhaf...
Laknatullah liman ramadhanuhu was worst than before..

What should I do?
will I be forgiven???

Sai'dni ukhti.....[iz anti i'ndu waqtil faragh]


p/s: For those who could understand this post..just pretend you don't..

syukran..

Thursday, September 10, 2009

who am i?

I am a muslimah....my priority is to Allah..
I am a student....my priority is to study..
I am a daughter...I have to be a good daughter..

Now, I only know these three roles.but after this,there will be more roles and roles..
but how could I cope all these at the same time???

Priority for short term goal :-
Study/preach
get good results
and fly..

DistractionS:-
sleep
facebook
chatting
mailing
eating
talking
daydreaming
noisiness
.....................{environment}

not soo important but urgent thing:

projectS...wawa...I can't see my focus clearly because of THESE!!


Solutions:

Don't mind the distractionS
focus on my study
Don't waste my time a lot for these projects


Okey..DONE!

syukran

Saturday, July 25, 2009

BE RESPONSIBLE...

Assalamualaikum again!!

[sorry for not updating my post for a while...hehe]

What do you think of being responsible?

Well,responsible comes from the word 'respond-able'. It means, a person has an ability to control his/her respond when facing something...means....he/she can choose weather he/she wants to be positive or negative upon his/her problem. Did you get that?

For an example; there was a nurse that had to take care of an annoying patient. Everything that he asked for, was very annoying and irritating...not only for the nurse,but for everyone in the ward..so,everything the nurse had done for handling that patient, was without her willingness..Do you think she would be happy of being a nurse???

ofcourse nooooooooot!!

So, one day, when she attended one of Stephen R. Covey's talk[about being respond-able]...she got it and she chose to be positive towards her problem[that annoying patient]..and as the result....jeng3x......she felt happy about her job!! she didn't have to feel tension anymore, to think things bad about the patient, to worry...and a lots more!! just because she chose to feel positive towards that patient..and eventually, the patient also giving a positive respond towards her[gradually]...

So.....problems always come to us..we cannot avoid it! Do you think you can run from your own problems? Actually,the difficulty/the barrier or what so ever are not the problem..... because it will come to us in any condition. Our respond towards the barrier is actually the problem.can you see that?

If you choose to be negative towards your difficulty, you are making problem yourselves...but if you choose to act positive towards your problem, you are lighten your burden!!

the choices are in YOUR HANDS!!!

Living in a lot of choices actually is the life of a proactive person.
A proactive person is a respond-able person...
you are able to choose your respond...

REMEMBER THAT!!

-Seven Habits of Highly Effective people...Habit 1; be proactive-

Okay,see you next time..salam!