Tuesday, April 26, 2011

redha..

Assalamualaikum ^^


Aku lihat, aku tilik, aku perhatikan dia
aku fikir dan fikir dan fikir
mana silapnya...
sampai dia sebegini jadinya...


Dan itulah fenomena aku sekarang..aku masih berfikir.. mencari penyelesaian untuk si dia..andai aku dalam masalah yang sama, aku amat2 berharap ada yang mengingatkan diri ini... walaupun diri ini rasanya sudah makin jauh dari tarbiah dulu2... ok, stop!


Cuma satu aku ingin bagitahu..redha Allah itu penting. dalam setiap apa yang kita buat. Kita yang perlu mencari petunjuk dari Allah. kita yang perlu berusaha... bukan sebaliknya

Tapi dengan satu syarat, kita tak menzalimi diri sendiri.. tak membiarkan diri ini menderita, tak mendapat hak yang sepatutnya..

Salah satu cara untuk menzalimi diri adalah dengan memonteng kelas. huhu.. maaf maaf maaf..maaf beribu kali maaf..aku bagitahu kerna ku tak mahu kau jauh tersasar dari petunjukNya...

Tapi memang betul pun, orang yang menzalimi diri sendiri akan makin jauh dengan petunjuk Ilahi.. takutlah. Gerunlah. Sensitivelah...please..


Kuatkan mujahadah ok. Jangan dibiarkan sangat diri itu bergelumang dgn masalah sampai menzalimi diri ok..


ukhuwwah fillah ^^


Saturday, February 26, 2011

adakah kita ini mimpi?

Pernah tak rasa yang dunia ni mimpi saja?

Pernah tak rasa apa yang kita buat sekarang mungkin mimpi saja? dan mungkin nanti kita akan bangun dari lena yang panjang dan baru tersedar bahawa apa yang kita alami sebenarnya adalah mimpi saja...

Pernah tak rasa?

Atau pernah tak rasa, hidup ni 'adakah cerita pasal kita?' 'is this a story about me?' sebab, dalam hidup kita, kita adalah pelakon utama.dan kita tak boleh tengok muka kita pun dalam hidup seharian. makanya, hidup ini adalah cerita saya. atau kamu.

okey, sudah pening? kalau belum, mari saya ajak kamu berfikir cara orang tasawuf..fikiran mereka berbeza taw!

saya bagi contoh sudu. adakah betul apa yang kita katakan sudu itu, nama sebenarnya adalah 'sudu'. mungkin namanya lain tapi kita dah didoktrinkan sejak kecil lagi supaya memanggil menda alah tu sebagai 'sudu'. andai kata ini adalah mimpi, mungkin bila kita sedar nanti, nama itu adalah lain.

Atau, mungkin saya kenal kamu. saya hidup dengan kamu. saya kenal semua kawan2 yang berada di depan mata ini. tapi,, andai kata ini adalah mimpi, mungkin kamu sebenarnya tak wujud pun. kamu hanya mainan mimpi saya. kamu adalah karakter dalam cerita saya yang saya rasa seperti real. tapi sebenarnya adalah mimpi semata2.

faham tak?

saya kata - apa2 yang kita lihat hanyalah pantulan cahaya ke arah mata kita, masuk ke retina,ke optic N cranial nerve ke dua hantar image ke optic chiasm ke lateral geniculate terus ke occipital part of cerebrum utk proses gambar. dalam masa yang sama, otot belakang mata dapat impulse,sampai ke short ciliary nerve, synapse dalam ciliary ganglion, hantar ke sensory root of ciliary ganglion ke opthalmic nerve branch of trigeminal nerve.(kalau salah tolong betulkan :) dan kita belajar, mata hanya ada afferent nerve. tak kan ada efferent nerve. apa2 saja maklumat akan dihantar ke otak. sape yang producekan image yg kita lihat? semestinya otak kan?

dan bila kita fikir balik, otak lah yg memberi gambaran kepada image kita. oleh itu, boleh juga kalau apa yang kita fikirkan boleh digambarkan dalam otak ini. dan boleh juga, yang saya nampak kamu hanyalah fikiran saya dalam otak ini. mungkin kamu tak wujud pun kan.

dan saya boleh kata juga, kamu itu adalah saya. kamu adalah mainan watak dalam otak saya dan otak saya adalah subset dari diri saya. makanya kamu adalah saya. dan saya adalah kamu. hihi..sudah pening?

okey, teruskan lagi. jika kita bermain dengan fakta tersebut, makanya...bila kamu ambik makanan saya secara berlebihan, saya tak akan marah sebab kamu adalah saya. mana lagi kalau makanan itu pergi kalau bukan kepada saya juga. sebab kamu adalah dalam otak saya. hehehe. kalau saya berbelanja lebih untuk kamu, maka saya takkan rasa pedih dalam hati kerana berbelanja duit lebih, sebab bila saya belanja untuk kamu, maknanya saya berbelanja untuk diri saya juga. bukan?

contoh lain, kalau saya sayang kamu, maka sebenarnya saya sayang diri saya juga. sama juga dengan jika saya buat baik kepada kamu, maka saya sebenarnya buat baik pada diri saya juga. secara tak langsung, dalam islam pun suruh kita buat kebaikan bukan? fastabiqul khairat! berlumba2lah berbuat kebaikan!

sama juga seperti, 'tak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyintai saudaranya melebihi dirinya sendiri'

dan bila kita fikir begini, barulah kita faham kenapa orang tasawuf tak hiraukan benda2 duniawi. erm,, sebenarnya banyak lagi yang perlu dihuraikan untuk faham secara sahih...tapi saya tak nak huraikan :) sebab saya tak tahu...

-hasil perbincangan dengan kakak senior.

baiklah, assalamualaikum!

Tuesday, February 15, 2011

hari nabi

Salam.

Harini maulud nabi! Sallu alaik!

Nabi kita kata' sampaikan daripada aku, walaupun satu ayat'

Oleh itu,saya kata' gosok gigi selepas bangun pagi sebelum solat subuh itu sunnah nabi'

satu ayat.

heh

sebenarnya dah lama tak menulis. otak dah kejung. ayat dah basi. konklusinya, BM dah hancus....

huhu,, rasa dah jadi sebahagian dari orang india.... in term of language. em.. bila lah nak cakap english yang proper?! kalau berdialog dengan sahabat saya hana,, erk,, siap ada slang sengau english-australian lagi. HAHA.

(mohon ampun! tapi itu yang hana sendiri cakap. ngehngeh.)

Sekarang berkampung di rumah shimah, reunion E1313. semua hadir except hajar yang demam. syafakillah. kami buat kuih keria. baru nak berjinak2 dengan kuih malaysia.hihi.

oh lupa, haritu pergi sekolah muslim di india. sungguh islamik. kalau gembira, mereka kata Subhanallah, Alhamdulillah, Masyaallah n etc.. saya rasa biru dan hijau. hehe.

dan mereka amat peramah :)

tapi bila kami datang, kami bawa budaya tepuk tangan bila gembira. erm, no komen~

dan cikgu2 mereka pesan kami belajar bersungguh2. Jadi doktor yg berjaya dan buat banyak charity work.


ini hanya warm up dahulu. sekian~






Friday, January 21, 2011

strike!

salam,

Today is a strike day. Among Karnataka's Government. I know not too much about it. but Prof. 'something' told us not to come out for awhile.


How if this strike last till next week?


hihi. you know the answer.

NO LECTURES~

additional info-
Bandh (Hindi: बंद), originally a Hindi word meaning 'closed', is a form of protest used by political activists in some countries like India and Nepal. During a Bandh, a political party or a community declares a general strike. -wikipedia-

lupa p/s:

Thank you Abah!!! InsyaAllah eyzzah blaja amik gambar cantik2 utk 'yg abah pesan'. hihi, banyak saham abah nnt :)

Sunday, January 9, 2011

asif

Asif jiddan ashdiqoi'...hihi

Sehingga ada yang tegur ana dah lama tak menulis blog, barulah ana nak menjenguk laman ni..hehe

*ada juga yg melanggan blog ana ni rupanya~~

Sekarang waktu cuti (seminggu) lepas exam, ada yang balik malaysia dan ada juga yang stay. Ana tergolong yang stay.

Nothing to say, cuti ni nak memborong kain cotton..weeee

Nak citer pasal India ye?

One day, i pergilah naik auto dengan kawan. untuk ke CS. dan bila berhenti di traffic light,adalah beberapa orang India meminta sedekah ni..then tiba-tiba, adalah satu lembaga ni datang pada i. Ya Allah ingat kan perempuan, rupanya PONDAN! I memanglah excited kalau bab jumpa pondan2 ni tapi bila bab tangan dia dah nak start melayang tu, i jadi gerun sikitlah.huh. untuk pengetahuan, di India, orang local semacam memandang tinggi pada golongan pondan. Kalau jumpa pondan yang minta sedekah, mesti bagi. Itulah kesnya terjadi pada pelajar Malaysia juga. Yang mamat pondan ni cubalah minta sedekah daripada i. Dalam hati i, "hish, kalau lembut takpe lah panggil pondan, ni kan...tak padan dengan kasar, ada hati nak jadi pondan pulak...huhu'..Tangan dia dah mencekak pinggang. Sat lagi i tahu lah apa yang bakal terjadi, antara tangan nya melayang melekat kat pipi i atau kalau i lelaki, dia akan pukul i atau pun ermm, dia akan ugut i untuk bagi duit kat dia. Dan Alhamdulillah, waktu tu jugalah, traffic dah jalan~~~~ so, tata nyah.

*nyah di sini pakai sari tau! dan ada bunga2 atas kepala dia.

Scene kedua,, one night, i keluar jalan2 ke Element Restoran Indon. naiklah satu auto ni.Driver auto ni tersangatlah peramah. Dia nak balajar bahasa. Dah banyak bahasa yang dia belajar. I pun ajarlah dia 'Selamat berkenalan..' Dia sungguh 'teruja' sehingga lesson yang theory jadi practikal. huhu, dah sampai hulur tangan kat ana and intan. kami pun sambutlah juga dengan beralas. Yang tak tahannya, dia asyik pandang belakang saja, sampai ana dah banyak kali mengucap sebab dia hampir terlanggar apa2 saja di depan dia..huhu,, malam itu sungguh sejuk~

apa lagi?

Ana tak banyak merantau lagi. baru pergi mysore, lalbagh,yelagiri...akan datang divengere..i/allah.
Itu saja, bila dah ada idea baru ana add lah ye.


Salam!

Di Yelagiri- Winter Camp







Di Lalbagh- Tarabbur Alam :)





Di Mysore~~~




Tuesday, October 26, 2010

first time...

Salam..

kali ni, saya taip cepat2..kena, mesti, wajib..sebab lepas ni banyak kerja lagi :)

Kali pertama bertapak di india. sampai dlam pukul 11 malam waktu tempatan, pkul 2-3 pagi waktu malaysia..(agak x sure sbenarnya)..perasaan waktu tu..macam kat malaysia je..xde apa2 yang nampak ganjil~

tapi, esok harinya, wajah india dah terbentang luas! orang2nya, budaya dan sbgnya..orang india tidur awal-seawal pkul 9 malam..bangun lambat. kedai pn bukak lambat.. di sini, kalau pergi ke taman atau ke zoo, kamu2 akan nampak banyak keluarga berkumpul. mereka memang sangat family-based outing. jarang nampak couple keluar jalan2 except di bandar. di taman- no way! sebab orang2 india pn tak suka couple berjalan berdua-duaan di taman..dan mereka, tak kira golongan mana, dari pangkat atas sampai ke pangkat paling bawah- cleaners atau beggars, mereka pakai saree saja bagi perempuan..kagum kan? di malaysia mana nak nampak semua orang pakai baju kurung (bg perempuan)...depan rumah mereka mesti ada corak..tiap2 hari lain coraknya...


ok, nak cerita pengalaman kali pertama di india....

mula2, first time naik auto di sini,, dah kena yang macam rempit tu..huhu,, sebaik selamat sampai..alhamdulillah..

2 hari kemudian, saya-hajar-hana-intan-fathi mula sibuk dgn urusan membeli buku dari senior. Senior saya jual semua bukunya sekali ngan skeleton = Rs 2500..usai urusan, kami pn balik lah ke shriram sadhana (apartment kami), tepat pkul 1 pagi waktu tempatan. waktu tu kami tiada lagi no. phone dan tiada kunci rumah spare,, loceng rumah pula tak berfungsi dengan baiknya,. Oleh itu, dengan konklusinya kami melaung2 panggil nama nisah dan nana..tpi tiada jawapan. Degree kesejukan dah semakin menurun. Amat sejuk! wajah2 putus asa dah kelihatan..urat2 ketensionan pun da timbul :)

Kemudian, kami pun terpaksalah amik ikhtiar tekan loceng rumah senior..tapi tak bersahutan juga~

dan last2 skali, kami tiada ikhtiar lain selain menunggu depan rumah sampai pagi~

Tapi nasib kami baik, bila si hajar (berkat handset barunya), dia mesej maknya di terengganu. dan maknya, dengan baik hati pula, sanggup call nisah di rumah..."ya Allah, mintak nisah terjaga!"

At last, nisah terjaga juga! Alhamdulillah!!! penantian selama 2 jam x sia2..kaki dah kebas dek duduk atas lantai..dan sbnarnya saya dah tertidur luar pintu daaa~

The reason why we couldnt reach nisah through phone, is because,,,,



we dont know..huhu

ok, esoknya, pada malam hari, senior ajak makan! best!
kami pun membondong2 pergi ke sana..sampai2 di depan lif...berebut2 lah nak naik lif..nak cepat makan :)

kemudian, Allah mahu mengajar hambaNya supaya bersabar dan exercise a lot, maka Dia turunkan ujian kepada kami... lif kami tersangkut dek ramai sangat yang masuk..haha..saya geli hati tengok muka pucat intan :)

"eh, aku tok sey doh naik lif...baik aku exercise naik tangga.takut ooo. dah lah kat msu dah kena skali...."

kami yang naik tu pun mengiakan saja statement dia..memang betul..banyak betul ujian hari tu. lebih2 lagi bagi intan..hari tu, dia kena tipu dengan pak cik auto, turun saja dari auto, terus terpijak taik lembu..kemudian malamnya, dia terperangkap dalam lif..esoknya dia demam~




ramainya mereka! walau pun di zoo...
Sekian, Salam!

Friday, October 22, 2010

india

salam rakan2 sekalian,,

rasa macam tak nak update blog tapi rasa macam kena update blog..oleh itu, saya update la sikit2 saja ye?

erm, kami tinggal di shriram sadhana.. depan rumah dah ada taman. best! tinggal seramai 7 orang...macam2 karenah dah dapat diexplore,,hehe..



uniknya india terletak pada traffic jamnya..bak kata senior " there is neither one way nor two way in india...there is always everyway"

maknanya di sini, kamu2 akan nampak dalam jalan sehala ada auto yg melintang arus..dalam kesibukan traffic jam, tiba2 ada basikal di tengah jalan, dan pada selekoh tiga, motor or auto or bus boleh datang dari arah mana2 pun =.='

sapa2 yg pandai bawa kenderaan di india mesti, amat perlukan 3 benda:

1.good brake
2.good horn
3.good luck

hehe,,itu kata2 senior॥senior sini amat baik!! minggu pertama di india tak payah masak, semuanya senior sediakan^^

ब्लॉग साया दह तेर्तुकर जड़ी तुलिसन इंडिया~

ನೆಕ್ಷ್ತ ಟೈಮ್ ಲ, ಸಾಯ ಬಾಗಿತು...

బఎబ్యే..