Tuesday, May 4, 2010

Syaitan Baik

Salam, again.

I've nothing to say for my new entry,but

May this will remind us a bit.

I heard before, islam will grow and become much stronger if its ummah can solat subuh berjemaah. WOW!!! At that time, they say that the makmums are as much as during solat jumaat. Kids, teenagers, adult, and old men.. all of them are gathering to perform solah in jemaah. Its not easy to be done especially during subuh. People need some kind of burning desire to wake up early in the morning to pray solat subuh.[huhu, i said this to remind myself too..istaiqozee minan naumi mubakkiran, eyzzah!!!! ].. hurm, when will this may happend?



"Buat renungan bersama.


Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid. Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia? Orang itu menjawab Aku adalah syaitan?

Orang buta itu terkejut lalu bertanya. Kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.
Syaitan menjawab. Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.

Sebab itu aku menolongmu.

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang buta pun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering
memujuk kita untuk terus malas dalam menambah
pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang
lebih kekal....

5 comments: