Pernah tak rasa apa yang kita buat sekarang mungkin mimpi saja? dan mungkin nanti kita akan bangun dari lena yang panjang dan baru tersedar bahawa apa yang kita alami sebenarnya adalah mimpi saja...
Pernah tak rasa?
Atau pernah tak rasa, hidup ni 'adakah cerita pasal kita?' 'is this a story about me?' sebab, dalam hidup kita, kita adalah pelakon utama.dan kita tak boleh tengok muka kita pun dalam hidup seharian. makanya, hidup ini adalah cerita saya. atau kamu.
okey, sudah pening? kalau belum, mari saya ajak kamu berfikir cara orang tasawuf..fikiran mereka berbeza taw!
saya bagi contoh sudu. adakah betul apa yang kita katakan sudu itu, nama sebenarnya adalah 'sudu'. mungkin namanya lain tapi kita dah didoktrinkan sejak kecil lagi supaya memanggil menda alah tu sebagai 'sudu'. andai kata ini adalah mimpi, mungkin bila kita sedar nanti, nama itu adalah lain.
Atau, mungkin saya kenal kamu. saya hidup dengan kamu. saya kenal semua kawan2 yang berada di depan mata ini. tapi,, andai kata ini adalah mimpi, mungkin kamu sebenarnya tak wujud pun. kamu hanya mainan mimpi saya. kamu adalah karakter dalam cerita saya yang saya rasa seperti real. tapi sebenarnya adalah mimpi semata2.
faham tak?
saya kata - apa2 yang kita lihat hanyalah pantulan cahaya ke arah mata kita, masuk ke retina,ke optic N cranial nerve ke dua hantar image ke optic chiasm ke lateral geniculate terus ke occipital part of cerebrum utk proses gambar. dalam masa yang sama, otot belakang mata dapat impulse,sampai ke short ciliary nerve, synapse dalam ciliary ganglion, hantar ke sensory root of ciliary ganglion ke opthalmic nerve branch of trigeminal nerve.(kalau salah tolong betulkan :) dan kita belajar, mata hanya ada afferent nerve. tak kan ada efferent nerve. apa2 saja maklumat akan dihantar ke otak. sape yang producekan image yg kita lihat? semestinya otak kan?
dan bila kita fikir balik, otak lah yg memberi gambaran kepada image kita. oleh itu, boleh juga kalau apa yang kita fikirkan boleh digambarkan dalam otak ini. dan boleh juga, yang saya nampak kamu hanyalah fikiran saya dalam otak ini. mungkin kamu tak wujud pun kan.
dan saya boleh kata juga, kamu itu adalah saya. kamu adalah mainan watak dalam otak saya dan otak saya adalah subset dari diri saya. makanya kamu adalah saya. dan saya adalah kamu. hihi..sudah pening?
okey, teruskan lagi. jika kita bermain dengan fakta tersebut, makanya...bila kamu ambik makanan saya secara berlebihan, saya tak akan marah sebab kamu adalah saya. mana lagi kalau makanan itu pergi kalau bukan kepada saya juga. sebab kamu adalah dalam otak saya. hehehe. kalau saya berbelanja lebih untuk kamu, maka saya takkan rasa pedih dalam hati kerana berbelanja duit lebih, sebab bila saya belanja untuk kamu, maknanya saya berbelanja untuk diri saya juga. bukan?
contoh lain, kalau saya sayang kamu, maka sebenarnya saya sayang diri saya juga. sama juga dengan jika saya buat baik kepada kamu, maka saya sebenarnya buat baik pada diri saya juga. secara tak langsung, dalam islam pun suruh kita buat kebaikan bukan? fastabiqul khairat! berlumba2lah berbuat kebaikan!
sama juga seperti, 'tak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyintai saudaranya melebihi dirinya sendiri'
dan bila kita fikir begini, barulah kita faham kenapa orang tasawuf tak hiraukan benda2 duniawi. erm,, sebenarnya banyak lagi yang perlu dihuraikan untuk faham secara sahih...tapi saya tak nak huraikan :) sebab saya tak tahu...
-hasil perbincangan dengan kakak senior.
baiklah, assalamualaikum!
-hasil perbincangan dengan kakak senior.
baiklah, assalamualaikum!