Monday, March 9, 2009

WAHAI PUTERI,,

Wahai puteri,
Lihat nun di sana
Islam mu kini ketandusan pembela
Bersama sendu, mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujadid baru
Kembangnya kini diulit sepi
Tiada lagi mujahidah sejati
Wahai puteri khidmatmu dinanti
Ummah derita,engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan temannya
Tanganmu bakal menggoncang dunia..

Namun ingat puteri
Ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Membimbing diri dari toghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati...

Wahai puteri,
Kau muslimah sejati
Teguhkan iman
Taqwa mu dihati
Perjuanganmu syariah diburui
Amalmu menjadi bukti

Sabarmu dikagumi
Pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah rabbulizzati
Usah ditangisi takdir yang telah pergi
Perjuanganmu kan disanjungi..

Puteri solehah,mujahidah ansarullah
Berbekal iman,taqwa,amal dan ehsan
Berilmu beramal berkhidmat berjuang
Berkorban agar Islam kan gemilang
Bersama puteri Islam takkan sepi
Subur disirami,harum mewangi
Wahai puteri kau muslimah sejati...

4 comments:

  1. salam..huhu..eza...thanks...last2 dpt jg ana lirik ni...hehe...
    utk ana kan?hehe

    ReplyDelete
  2. wasalam..aah..tu untuk anti,,putri

    ReplyDelete
  3. salam...beznye..huhuhu
    nice r ehehe

    ReplyDelete
  4. besh2.
    lagu nih pun besh.
    teringat zaman kat tadika..
    waaa.
    da besar.
    ehee :D

    ReplyDelete