Sunday, May 24, 2009

JIN..

Ilmu ini saya dapat dari sebuah buku karangan Muhammad Isa Dawud yg bertajuk 'dialog dengan jin islam'.Beliau lahir pada 1957 dan telah bekerja sebagai Pengarah Umum surat khabar harian di Saudi Arabia,Wakil Pimpinan Redaksi untuk ruangan Pemikiran dan Kebudayaan Islam,dan penasihat bidang maklumat khusus untuk Ketua Pusat Informasi di Makkah Mukarramah.Jin yg dtemuramah ni berasal dari bombay,India.Berusia 180 tahun.Sblum ini beliau kafir dan islamnya beliau telah mengislamkan ramai pngikutnya[beliau merupakan ketua kerajaan cam Dato' Najib r]

Jin ertinya 'yg tersembunyi' atau 'yg tertutup'.Pasti ramai yg tertanya-tanya perihal rupa bentuk jin yg sebenar...hehe..Sebenarnya rupa wajah jin tidaklah begitu menggerunkan seperti yg selalu diuar-uarkan.Mereka hanya merupakan makhluk Allah tapi semestinya manusia lagi cantik ciptaannya.Jin sebenarnya tidak banyak perbezaan dengan manusia.mereka ada segala anggota badan yg lazimnya dimiliki manusia.Mereka juga ada organ-organ dalaman yg dimiliki manusia sperti tulang,jantung,hati,lidah,gigi[mmnjg skit].Tpi mereka memiliki kelenturan yg luar biasa.Oleh itu,mereka juga boleh dibunuh dan dirawat seperti juga manusia.Cumanya saiz,warna dan bentuk mereka sedikit berbeza dgn manusia.Kepala mereka lebih besar daripada tubuh mereka.Mata pula memanjang ke atas atau memanjang ke tepi[macam org cina n jepun].Lazimnya mata mereka besar dan lebar sperti mata rusa.warna mata pula ada yg hitam,kuning,dan coklat tua.Telinga pula macam telinga kuda.Ada yg macam telinga kucing.Hidung pula macam manusia juga,terletak dtengah-tengah muka tapi tak mancung.Selalunya bulat dan penyek sperti hidung org filipina.Kalau jin Islam,ada janggut...memanjang sbb ikut sunnah nabi.Kalau ada yang tak berjanggut,mereka akan diejek..hehe..Rambut pula lebat masyaallah! Shingga boleh melitupi tanduk mereka[jin ada tanduk tapi kecik je].Tapi ramai yg suka botak..macam mawi=).Klau kaum wanita pula,rambutnya lebat memanjang[sampai meleret ke tanah-lambang kcantikan].Tangan pula macam manusia tp lbih panjang dari tubuh mereka dan jari2, kuku2 mereka pn pnjg2.Urine mereka lbih berbentuk gas yg sgt kuat tekanannya.Manakala najis lebih kepada wap yg sgt pekat! Astaga!!.Sbb tu r syaitan boleh mengencingi telinga muslim ketika tidur yg tidak menyebut Asma Allah dan yg malam harinya tak pernah berniat untuk qiamullail.huhu..Warna kulit pula ada yg hitam[sperti warna kerbau],putih,merah dan banyak lagi.mereka juga pkai baju..yg lelaki,suka pkai kemeja bepetak dan pling mereka gemari warna 1.merah,2.kuning dan lastly hitam.Wanita pula ssuai dgn pkaian kaum wanita[yg menutup aurat].klu yg muslim,pkai selipar pada kedua-dua belah kakinya.Seliparnya diperbuat daripada kertas papyrus[ad dlm bku sejarah].Kalau jin kafir dan syaitan,,mereka hanya mmakai selipar pada sebelah kaki shj,iaitu kaki kiri.dan jin mmg tidak boleh dilihat kcuali dengan sihir atau ssorg minum air sihir.

Jin hidup dlam longkang,tempat takungan air,rumah yg penuh dgn patung,yg bela anjing, tempat kosong-katil yg xde tuan dan dalam rahim pelacur[krn jin sntiasa akan mencantikkan bhgn bwh pelacur].Tp jin muslim slalonya hidup dlam rumah seorng muslim yg baik.Khadiran jin muslim dlm ssbuah rumah adalah rahmat kpd penghuninya krn adanya jin muslim..ada lah malaikat.dan jin muslim ni byk beribadat kpd Allah.Subhanallah!! dan bg yg ada patung tu,,patung berfungsi sbagai magnet kpd syaitan n jin.Ada shj patung bernyawa,syaitan trus melekat krn tarikan keindahannya.Oleh itu,gmbar2 manusia dan patung yg serupa ngan makhluk bernyawa harus dihindarkan.Tapi lain pula terjadi dgn patung mainan budak,kilauan keindahan patung tu dipudarkan dgn khadiran bdak tersebut.Syaitan x nmpak keindahan dia.Subhanaallah..sbb tu r rasul x larang Aisyah r.a main patung masa beliau masih kecil.
Iblis dan syaitan suka hidup di atas laut.diantara pertamuan air sjuk dan air panas.Ada 12 tempat yg sperti itu di bumi ini.Termasuklah segi tiga bermuda dan segi tiga farmosa[dkat ngan filipina].Segi tiga bermuda tu,adalah tempat iblis yg pling kuat.Iblis ada istana yg paling besar utk dirinya dan dkawal oleh beribu2 syaitan.Iblis juga buatkan istana stiap satu kpd anak2nya[sorang pempuan dan bbrapa org lelaki-saya x pasti]Di situ dlengkapi dgn teknologi yg amat dahsyat..sungguh canggih..dan x boleh dicapai oleh manusia..Oleh itu,ssiapa yg masuk dalam kawasan segitiga bermuda itu,akan hilang..dan hy meninggalkan kapal yg tidak berusik pn di tgh lautan.Sekali pun seorg muslim yg kuat imannya termasuk dlam tempat itu,dia tidak akn dpat keluar lagi[ada hadis rasulullah tp saya malas nak belek buku tu balik..dalam episod ini byk dceritakan kisah2 kpal2 yg hilang yg pasti meyakinkan anda..tp amatlah byk ceritanya..x tertulis saya]..

Jin juga berkahwin.Allah telah jadikan stiap makhluk itu berpasang2an..jin dgn jin dan manusia dgn manusia..Sebenarnya perkahwinan jin dan manusia adalah mustahil kerana sperma jin x boleh bergabung dgn manusia.Oleh itu, mereka takkan memperoleh anak.Bersetubuhan antara jin dan jin adalah sama caranya sperti manusia dan manusia.Kadangkala kisah manusia berkahwin dgn jin berkisar kerana jin itu menyangka dia berkahwin dgn manusia apabila dia mengeram dalam rahim perempuan manusia.So beware,kpd muslimah2 di luar sana,kalau nk tidur mestilah kibas2 tempat tidur dulu.Ada dceritakan seorng muslimah yg trus tidur tanpa mengibas tempat tidurnya,akhirnya dia merasakan sperti ssuatu mnggaulinya..akhirnya terjelma rupa lelaki[yg saya pasti jin]-the end-.Tapi dgn izin Allah,ada cara lain yg manusia dan jin boleh melahirkan anak iaitu mukhannats[anak jin]..iaitu ble suami menggauli isterinya ketika haidh..Ada juga jin yg saja mengganggu manusia shingga berlaku kguguran..iaitu apabila manusia bersetubuh tanpa mulakan dgn kalimah Allah,pasti jin akan turut serta.Maka akan berlakulah keguguran krn sperti yg diketahui,sperma jin x kan boleh bercampur dgn manusia.

Jin akan tetap mengganggu manusia baik malam atau siang.Oleh itu satu ayat yg pling mujarab untuk mnghalau jin adalah ayat kursi..stiap mlam sblum tidur,bacalah ayat kursi..pasti jin dan syaitan takkan boleh mngganggu.Atau lbih mudah,amalkanlah al-mathurat.Bbrapa ayat pada permulaan tu,semuanya boleh digunakan untuk manghalau jin.Okey,,jin ada 3 jnis..1.yg boleh berubah bntuk 2.sperti ular dan anjing 3.yg ad sayap..jin yg berubah bntuk ni hylah golongan minoriti krn utk berubah pastila kne ada ilmu yg tinggi dan stiap kali mereka berubah,mereka akan sakit yg amat sngat.Ada yg boleh berubah dalam jangka masa yg lme.Contohnya sperti ular.Mungkin ular itu adalah ular atau ular itu adalah jin.we never know..dan nabi kata,kalau nampak anjing yg sbenar2 hitam dan ad 2 titik putih atas mata..bunuh trus sbb anjing itu adalah jin yg pling jahat..[huhu,,saya rse kat smap ada sekor]..dan ular pula,ular yg warna hitam dan ad 2 jalur putih diblkangnya..bunuh trus sbb itu adalah jin yg pling jahat juga.Ada juga jin yg suka berubah mnjadi kucing putih yg cantik[mostly jin girl-tp x jahat pn i/allah sbb jin girl ni ske pada kcantikan]

Jin Islam adalah golongan minoriti dlam dunia jin.Subhanallah..setelah saya baca buku ni,saya tau bhw jin islam ramai yg berjuang di afganistan dan di palestin.ada yg jin bersayap dan jin darat.Yang melencongkan sasaran roket amerika tu semuanya kerja jin bersayap.Jin yg ditemuramah ni pun i/allah akan bersama2 dlm perjuangan afhanistan dan palestin nnt.Moga Allah merahmatinya..amen!Malaikat juga ada turut serta..tapi para jin x boleh nmpak malaikat kerana malaikat dciptakan oleh chaya yg jauh lbih advance dari jin itu sndiri.

Qarin..mmg semua org ada qarin[jin pendamping].Kalau org itu lelaki,maka lelaki lah qarinnya.Kalau perempuan, maka perempuan lah qarinnya.Qarin ni tiada nafsu.Kalau jahat,dia duduk sebelah kiri. Kalau baik,dia duduk sebelah kanan.Ada seorng kafir itu telah mmeluk islam,qarinnya pun turut memeluk islam dgn berpindah ke sebelah kanan.Tapi tak semestinya stiap muslim mmpunyai qarin muslim.Ada juga muslim yg mmpunyai qarin kafir.nauzubillah..Qarin slalunya x mmberi pengaruh yg kuat kat sseorg tu tp individu tu yg memberi impak yg besar kpd qarin.Qarin ni hidup di samping kita..sehinggakan dia ckup mengenali kita.Dia boleh meniru suara kita,sifat kita,fikiran kita..hatta tulisan tgn kita.Upacara mamanggil arwah tu sbnarnya tipu sj,krn arwah mmg x boleh datang kembali ke dunia ni..yg akan datang dlam upacara tu hanyalah qarin individu tersebut nnt.Harus diingatkan yg qarin boleh mnjadi kita tapi dia bkanlah kita.Oleh itu,apa2 yg ditanya dlam upacara mmanggil arwah itu bknlah jwapan drpd arwah tp dri qarin arwah..wallahua'lam..klau qarin itu muslim,ttpi manusia itu mmbuat maksiat,qarin itu akan lari ketika org tu buat maksiat dan akan kembali slpas org itu selesai mlakukan maksiat.Dia akan kembali dlam keadan lemah x termaya..terbalik pula dgn yg qarin kafir,lagi byk maksiat,lagi bertambah kuat dia.Nabi sendiri ada qarin..namanya habib al-Huda..Mmandangkan jin boleh hidup shingga ribuan tahun,maka Habib Al-huda ini masih hidup lagi,alhamdulillah..tempat tinggalnya di Baqi'.Beliau mnjadi prof disitu.Ada majlis ilmu yg dihadiri oleh ribuan jin islam..masyaallah!Beliau mngjar tafsir dan menjelaskan hadis2 nabi.Malah,jin sendiri mmpunyai qarin sendiri.Tapi qarin jin x boleh dilihat oleh jin sbb dia dciptaklan lain.tambahan-qarin kita x mmpuyai nafsu.Dan qarin suami x kan kawin dgn qarin isteri.Dia akan meninggalkan tuannya pd waktu2 tertentu sprti waktu solat[krn dia akan pergi solat di dpn kaabah] dan sbgnya.

Lupa pula saya ingin katakan,jin ini bknlah kuno sgt,mereka ada kerajaan sendiri,ada universiti,ada peperiksaan..seperti manusia.Dapat result baik akan dlanjutkan ke tempat yg lbih tinggi..Universiti ni ada dlam bidang,seni,perubatan,engineering,agama,dan bermacam2 lagi.ada menteri,ada mesyuarat.

Lagi skit sblum saya berhenti,jin akan mngacau manusia.Jika tidak boleh,dia akan pergi ke kaum hawa[sbb perempuan itu fitnah].Dia akan mancantikkan bhgn bwah kaum hawa tersebut.begitulah stiap kali kaum hawa keluar dari rumahnya.Tpi hal ini takkan berlaku jika hawa itu bertudung,kerana hawa yg bertudung akan dlindungi cadar yg tidak boleh ditembusi oleh jin dan syaitan.Ada masa nnt saya sambung kpada sihir pula,insyaallah jika diberi pluang dan masa.mohon maaf jika tersilap dan salah-wallahu'alam-


2 comments: